Monday, August 22, 2011

begitu besar dugaanMu.

demi Mu aku bersujud dan sentiasa berdoa. demi Mu aku menahan segala dugaan yg Engkau berikan. demi Mu aku sanggup menahan tomahan yg diajukan pada diriku. demi Mu aku berjanji akan sentiasa memikirkan jalan yg Engkau berikan padaku adalah yg terbaik buatku.

namun sering kali aku mempersoalkan nya. bukan niatku untuk mempersoalkan dugaanMu ini. tapi aku buntu dan aku bingung. kenapa harus aku ? kenapa dugaan ini cukup berat untukku.

pun begitu, aku tahu setiap dugaan yg Engkau berikan padaku kerana Engkau menginkan ku lebih dekat padaMu..ampunkan lah segala dosa-dosa ku. berikan aku kemudahan di dlm kehidupan ku kelak. walaupun rezeki ku lambat berbanding rakan-rakan ku yg lain. namun aku redha..


p/s : aku sentiasa menunggu.

Tuesday, August 16, 2011

seandainya..



seandainya suatu saat nanti aku akan kehilangan nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku, aku bermohon agar Engkau kuatkan diriku. kerana aku tahu, Engkau menyayangi org yg byk diberi dugaan.
namun seandainya suatu masa nanti, Engkau membiarkan aku mencintai hambaMu hanya untuk sementara waktu, Engkau tunjukkanlah kpd ku jln yg benar. agar cintaku pd hambaMu tidak akan mulai layu..


sesungguhnya aku tidak sanggup menghadapi kehilangan. aku tidak cukup kuat untuk menghadapi kehilangan. kerana aku terlalu menyayangi hambaMu. namun aku tahu diriMu memberikan dugaan bukan yg melampaui apa yg aku tanggung.


seandainya ditakdirkan aku kehilangan hambaMu yg aku cintai pd saat ini, aku hanya mampu mengharapkan keajaiban dlm diriku. agar dikuatkan ketabahanku. mungkin suatu masa nanti Engkau akan mengurniakan apa yg lebih baik berbanding apa yg aku miliki pada masa kini.
seandainya suatu masa nanti cinta yg aku miliki kini pergi, aku tidak mampu mengenang lagi. kerana aku tahu Dia maha mengetahui. dan aku tahu jodoh di ketentuan ilahi..



p/s :wahai hambaMu yg aku cintai,
ketahuilah aku sgt menyayangi mu.
dan aku tidak sanggup untuk
kehilanganmu..

Sunday, August 14, 2011

simpanlah didalam hati

tak semua org faham apa yg kita rasa. dan tak semua org ingin memahami apa yg kita rasa. bila kita mula mendebatkannya pelbagai jawapan yg akan diberikan. kadang-kadang lebih baik kita mendiamkan diri. tiada guna berdebat tentang perasaan. kerana hanya kita dan Allah yg tahu serta memahaminya.

SILENCE IS THE BEST WAY TO TALK.-xoxo

bila kita diam tak bermakna kita setuju. bila kita diam tak bermakna kita gembira. dan bila kita diam tak bermakna kita mengalah. namun jika dengan berdiam diri dapat menyelesaikan segala masalah yg mendatang,biarlah kita berdiam diri sahaja..

p/s :dan kini aku hanya mampu
berdiam diri setelah apa
yg terjadi smlm..

Monday, August 8, 2011

terubat segalanya



ni captain yg dimaksudkan :)

entri kali ni agak personal. tapi tak mengapa. hanya ingin berkongsi kebahagiaan. hampir tiga bulan tak jumpa tiba-tiba my captain balik ke sini. berbuka puasa bersama keluarganya. (keluargaku jua.haha)
i mean dia balik untuk berbuka puasa dgn family dia. i tak join. hehe.
nanti raya kita jumpa lagi. melepaskan rindu lagi. muka tersengih mcm kerang wangi dah ni. 




p/s : dan kali ni another surprise from him. 
thanks hafeez halim

Friday, August 5, 2011

tidak seharusnya kita..






that should be me yg memiliki barang tu. that should be me yg seharusnya memiliki hati dia. that should be me yg sepatutnya membahagiakan dia. that should be me yg seharusnya menyayangi dia. - standard dialog.

jangan sesekali merungut dgn apa yg kita tak ada. dan jgn sesekali memberontak dgn apa yg kita tak dapat nak miliki. sesungguhnya Allah maha mendengar lagi maha pemurah. mintalah kpdNya dgn sebaik-baiknya.
janganlah kita meminta dgn merungut dan mengomel sentiasa.

sebelum kita inginkan sesuatu ataupun ingin bersungut atas apa yg kita miliki, INGAT, suatu hari nanti Dia akan menarik kembali nikmat yg kita ada. mungkin telah ditakdirkan kita tidak patut memilikinya disebabkan oleh sesuatu perkara yg tidak kita ketahui. fikirlah sebelum melakukan sesuatu perkara.


p/s : dan kini aku mencuba...

perit untuk kita..






bila kita bertanya tentang soal hati dan perasaan. memang susah untuk diceritakan. mungkin bagi sesetengah pihak mereka akan berkata " itu privacy saya.." . namun tak semua tahu bila kita bercerita dan meluahkan apa yg terbuku dihati sebenarnya ia dapat menyemai hati kita dari segala gundah gelana.

peritnya hati apabila terluka dan sakitnya hati apabila ditinggalkan tidak sama dgn luka di jari yg hanya meninggalkan parut yg sementara. apabila kita menyentuh tentang hati dan perasaan. ingatlah ianya boleh meninggalkan kesan dan luka yg mendalam dlm diri serta hidup kita. tak semua org tahu apa maknanya terluka setelah mereka sendiri yg merasa betapa perit dan pedihnya bila hati dilukai.

jadi ingatlah Jgn sesekali melukakan hati org lain terutamanya org yg kita sayang. jika benar kita tidak mahukan mereka lagi, jujurlah dan berkata benarlah agar mereka tidak akan terluka dgn lebih perit kelak.


p/s : learning from past..



Thursday, August 4, 2011

it's hard for us..




Heartbreak Quotes

kenapa bila seseorang hadir dlm hidup kita dan menjadi orang yg teristimewa dlm hidup kita, sukar untuk kita melepaskan mereka ? padahal kita tahu sekiranya kita melepaskan maka masih ramai lagi yg masih menanti dan akan hadir untuk menyinari hidup kita. mungkin persoalan ini tidak mampu dijawab.

namun majoriti mengatakan setelah mereka hadir dan mewarnai hidup kita, mereka telah meninggalkan kesan yg mendalam di dlm hidup kita. namun begitu kita haruslah tabah dlm menjalani liku-liku kehidupan. setiap manusia akan berubah hati. malah setiap manusia akan pergi. keredhaan itu pasti ada dan harus dipupuk serta disemai dlm diri kita. supaya kelak kita tidak akan kecewa.

ingatlah jgn terlalu membanggakan seseorg yg hadir dlm hidup kita kerana mungkin suatu saat nanti mereka akan pergi meninggalkan kita.


p/s : dan aku takut akan
 kehilangan..